Memilih stroller bukan sekadar untuk bergaya, tapi antara benda yang penting untuk diambil kira adalah keselesaan bayi, kemudahan untuk ibu bapa, dan keselamatan jangka panjang. Antara model terbaru yang boleh anda dapatkan di Ohana Baby Shop ialah Koopers Mini 360, sebuah stroller kompak dengan fungsi pusingan penuh (360°) yang menjadikannya lebih fleksibel untuk kegunaan harian.
Dalam artikel ini, kita akan lihat mengapa Koopers Mini 360 patut ada dalam senarai pilihan ibu bapa zaman sekarang, serta kelebihan berbanding stroller lain di pasaran.
Rekaan Kompak, Ringan & Mudah Alih
Koopers Mini 360 direka untuk memudahkan pergerakan di bandar dan ruang sempit. Ia ringan dan mudah dilipat, menjadikannya sesuai untuk ibu bapa yang kerap keluar, sama ada ke mall, bercuti, atau sekadar berjalan-jalan sekitar taman. Bila ringan, mudahlah untuk anda simpan di ruang penyimpanan di kereta atau ketika berada dalam pengangkutan awam.
360° Rotating Seat – Lebih Fleksibel
Keistimewaan utama stroller ini ialah tempat duduk yang boleh berpusing 360°. Ini membolehkan ibu bapa menukar posisi bayi sama ada menghadap depan (world facing) untuk melihat pemandangan, atau menghadap ibu bapa (parent facing) untuk lebih rasa selamat, semuanya dengan hanya satu putaran.
Fungsi ini memberi pengalaman lebih fleksibel berbanding stroller biasa, menjadikan Koopers 360 Stroller ini sangat sesuai untuk keluarga yang mahukan stroller serba guna.
Keselesaan Untuk Bayi
-
Multi-recline seat: boleh dilaras dari baring penuh (full-recline) hingga duduk tegak (upright).
-
Harness 5-point untuk keselamatan optimum.
-
Kanopi besar melindungi bayi daripada cahaya matahari terik.
-
Fabrik lembut dan breathable memastikan bayi kekal selesa walaupun dalam cuaca panas di Malaysia.
Praktikal Untuk Ibu Bapa
Selain fokus pada bayi, Koopers Stroller 360 turut memudahkan ibu bapa dengan ciri:
-
Mekanisme lipat mudah: boleh dilipat dan dibuka dengan cepat. Ia penting terutama jika anda mengendalinya berseorangan dan tidak bersama pasangan.
-
Ruang simpanan bawah: cukup untuk beg lampin, botol susu, dan keperluan lain. Sesuai juga kalau anda suka membeli barangan keperluan rumah bersama bayi anda.
-
Roda kukuh: sesuai untuk pelbagai permukaan, dari lantai mall hingga jalan taman.
Standard Keselamatan EN1888
Koopers Mini 360 diluluskan dengan standard keselamatan antarabangsa EN1888, yang memberi keyakinan tambahan kepada ibu bapa tentang kualiti dan ketahanan stroller ini.
Untuk Siapa Koopers Mini 360 Sesuai?
-
Parents yang mahukan stroller ringan & mudah bawa.
-
Mereka yang suka fleksibiliti posisi bayi (hadapan atau menghadap parents).
-
Keluarga yang kerap travel & perlukan stroller compact.
-
Ibu bapa yang mementingkan gabungan keselamatan, gaya, dan praktikaliti.
-
Waranti 1 tahun dari Koopers – Memberikan ketenangan hati dengan perlindungan rasmi.
Perkara Perlu Dipertimbangkan
-
Berat 8kg mungkin terasa sedikit berbanding stroller ultra-light, namun ianya tidaklah terlalu berat seperti full-sized stroller
-
Tidak boleh dijadikan travel system kerana tiada penyambungan terus ke car seat (infant carrier).
-
Prestasi roda bergantung kepada keadaan jalan di Malaysia.
-
Semak fabrik & pengudaraan supaya bayi selesa dalam cuaca panas.
Kesimpulan
Jika anda sedang mencari stroller yang praktikal, fleksibel, dan selesa untuk bayi, Koopers Mini 360 adalah pilihan yang berbaloi. Dengan kelebihan pusingan penuh 360°, rekaan ringan, dan standard keselamatan antarabangsa, stroller ini direka untuk memenuhi gaya hidup ibu bapa Malaysia. Saya mencadangkan untuk anda mencuba sendiri stroller ni di Ohana Baby Shop untuk memastikan sama ada pilihan ini sesuai dengan gaya hidup anda atau tidak.
👉 Dapatkan Koopers Mini 360 sekarang di Ohana Baby Shop, G-19, Komersial Radia, Persiaran Arked, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
Cuba dulu sebelum beli — Selain dari Koopers Mini 360 ni kami ada lebih 100 unit display stroller untuk parents uji sendiri. Nikmati kemudahan bayaran ansuran melalui Credit Card Instalments, Shopee SPayLater, Grab PayLater, Moby Islamic, dan Atome.