Joie memang sinonim dengan produk bayi yang selamat, praktikal, berkualiti dan tahan lama. Selama bertahun, mereka memperkenalkan stroller, car seat, dan baby gear yang mesra ibu bapa di zaman moden. Tahun ini, satu produk baru dari Joie telah menarik perhatian ramai ketika dipertontonkan di Jerman — iaitu Joie Whimsy, sebuah swing dan rocker 2 dalam 1 yang unik, kerana ia bergerak tanpa perlukan bateri atau sambungan elektrik!
Sebagai salah satu pengedar Joie di Malaysia, Ohana Baby Shop berpeluang melihat preview produk ini semasa acara eksklusif di Jerman, di mana Joie mengumpulkan semua pengedar dari seluruh dunia untuk memperkenalkan rangkaian produk baru. Dari situ kami yakin, bila Joie Whimsy tiba di Malaysia, ia akan menjadi antara baby gear paling dicari oleh parents moden.
Apa Itu Joie Whimsy?
Ringkasnya, Joie Whimsy ialah gabungan baby swing dan rocker portable dalam satu produk yang praktikal. Kalau sebelum ini ibu bapa perlu melabur dalam dua produk berasingan — satu untuk menidurkan bayi dengan ayunan automatik dan satu lagi rocker untuk kegunaan harian — kini Whimsy menyatukan kedua-dua fungsi tersebut dalam satu rekaan yang ringkas dan bergaya.
Dengan hanya satu unit, anda sudah boleh menikmati kemudahan swing yang menenangkan serta rocker mudah alih yang ringan untuk dibawa dari ruang tamu ke bilik tidur tanpa ganggu bayi yang sedang lena.
Yang paling unik, Whimsy tidak menggunakan motor atau bateri. Sebaliknya ia mempunyai wind-up mechanism — anda hanya perlu pusing pemutar, dan swing akan bergerak sendiri sehingga ±50 minit. Keunikan ini menjadikan Whimsy lebih senyap, jimat tenaga, dan fleksibel untuk digunakan di mana-mana bahagian rumah.
Keunikan Joie Whimsy yang Diperlihatkan di Germany
1. Swing Tanpa Bunyi Motor
Ketika kami melihat demo di booth Joie, perkara pertama yang kami perasan adalah suasana senyap. Tanpa bunyi motor elektrik yang mana ianya sinonim dengan swing elektrik, Whimsy bergerak dengan lembut, meniru gerakan dukungan sebenar. Bayi lebih mudah lena tanpa gangguan bunyi elektronik.
2. Gerakan Dua Arah
Dengan satu putaran seat 90°, Whimsy boleh berayun sama ada depan–belakang atau sisi–ke–sisi. Fungsi ni nampak simple, tapi besar kesannya — setiap bayi ada preference berbeza. Ada bayi suka ayunan depan–belakang, ada yang lebih tenang bila goyang kiri–kanan.
3. Rocker Portable Ringan
Kerusi Whimsy boleh ditanggalkan untuk dijadikan rocker portable. Ia memang ringan (sekitar 3.8 kg) dan ada pemegang carry handle. Sangat berguna bila nak pindahkan bayi dari ruang tamu ke bilik tanpa ganggu tidur dia.
4. Reka Bentuk Premium & Mesra Harian
-
3 posisi recline untuk keselesaan dari newborn hingga baby membesar.
-
Fabrik breathable dan infant insert empuk, boleh dicuci mesin.
-
Open-top design memudahkan letak/angkat bayi.
-
Rangka slim dengan roda, mudah dialih dari satu ruang ke ruang lain.
5. Piawaian Keselamatan Eropah
Whimsy direka mengikut standard keselamatan terbaru:
-
5-point harness dengan buckle padding lembut.
- Rock-stop foot untuk jadikan rocker statik bila perlu.
-
Sesuai dari newborn hingga 9 kg.
-
Lulus piawaian EN 12790-1:2023 & EN 16232:2013+A2:2023.
Kenapa Joie Whimsy Dianggap “Game-Changer” di Malaysia?
-
Lebih senyap daripada swing biasa – tiada motor, tiada bunyi.
-
Lebih fleksibel – boleh letak di mana-mana, tak perlu soket.
-
Eco-Friendly – tidak menggunakan elektrik
-
All-in-one – swing + rocker dalam satu produk.
-
Mesra ibu bapa moden – ringan, pad mudah dicuci, rangka slim.
-
Eksklusif – baru dilancarkan global, belum banyak ada di pasaran tempatan.
Soalan Lazim Tentang Joie Whimsy di Malaysia
❓ Bila Joie Whimsy akan masuk Malaysia?
→ Setakat ini, ia baru ditunjukkan kepada pengedar semasa preview di Jerman. Tarikh rasmi pelancaran di Malaysia belum diumumkan, tetapi dijangka tidak lama lagi.
❓ Berapa harga Joie Whimsy di Malaysia?
→ Harga rasmi belum dikeluarkan. Berdasarkan trend harga swing & rocker Joie sebelum ini, dijangka dalam kategori mid-range yang berbaloi dengan ciri 2 dalam 1.
❓ Apa beza Whimsy dengan swing Joie lain (contoh: Serina)?
→ Serina menggunakan motor & plug elektrik dengan muzik & vibration, manakala Whimsy menekankan konsep senyap, natural & tanpa elektronik. Dua gaya berbeza untuk keperluan berbeza.
Kesimpulan
Selepas dipertontonkan kepada ramai di Jerman, kami yakin Joie Whimsy di Malaysia akan menjadi pilihan utama parents yang mahukan swing & rocker yang senyap, praktikal, dan mesra rumah moden. Ia direka untuk menenangkan bayi dengan cara paling natural, sambil memudahkan kehidupan ibu bapa.
👉 Nantikan ketibaannya di Ohana Baby Shop, G-19, Komersial Radia, Persiaran Arked, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor. Di sini, anda boleh cuba sendiri lebih 100 unit display termasuk produk terbaru Joie sebaik sahaja ia tiba. Dan bila Whimsy rasmi berada di Malaysia, anda boleh milikinya dengan bayaran mudah melalui Credit Card Instalments, Shopee SPayLater, Grab PayLater, Moby Islamic, dan Atome.